.:[Double Click To][Close]:.

Missing You T_T

AWAK...
saya betul-betul rindukan AWAK.. Huhuhu~ Tapi apakan daya.. Hari ini, saat ini, AWAK tidak lagi bersama saya, AWAK bukan lagi menjadi milik saya.. Takdir telah memisahkan kita & AWAK telah pergi jauh meninggalkan saya.. Huhuhu~ T_T

AWAK...
sedar tak sedar, sudah 3 tahun kita bersama.. Macam-macam telah kita lalui bersama.. AWAK telah menjadikan saya seorang insan yang hebat di mata orang.. Saya amat berterima kasih kepada AWAK.. Tapi kenapa saat ini kita perlu berpisah? Huhuhu~ T_T

AWAK...
bila saya sedar awak sudah tiada di sisi, saya sanggup berlari ingin mendapatkan AWAK.. Malangnya saya sudah terlambat.. AWAK telah hilang di mata saya.. Mungkin AWAK telah menjadi milik orang lain.. Jodoh kita tidak berpanjangan.. Arghhhhhh!! T_T

AWAK...
jika saya tahu semua ini bakal terjadi, saya akan menjaga AWAK dengan sehabis baik.. Saya tidak akan membiarkan AWAK menjadi milik orang lain.. Tapi kerana kelalaian saya, kerana kesilapan saya, kerana kecuaian saya, kerana kealpaan saya, saya telah kehilangan AWAK untuk selama-lamanya.. Huhuhu~ T_T

AWAK...
walaupun kita tidak lagi bersama, saya ingin AWAK tahu bahawa saya benar-benar merindui AWAK.. Saya benar-benar sayangkan AWAK.. Saya tak tahu keindahan hidup saya selepas ini tanpa AWAK.. Huhuhu~ T_T

AWAK...
terima kasih atas segalanya.. Maafkan saya~ semoga AWAK bahagia dengan sesiapa sahaja yang memiliki AWAK.. AWAK akan sentiasa di hati saya untuk selamanya... Selamat tinggal kekasih gelapku.. Huhuhu~ T_T

AWAK = SPEK MATA HITAM


P/S : tak kacak dah lar lepas nie tanpa spek hitam.. Huhuhu~ T_T